Showing posts with label rumah kami. Show all posts
Showing posts with label rumah kami. Show all posts

Friday, December 17, 2010

today.

what i did today?

1. collect my wedding cards from vendor. i love it to bits. thank God i hire her in the first place. Nanti cerita lagi...i want to dedicate one special post for her! wahhh

2. Both of us went to kedai perabot today. to look for one console table. i managed to find one with price tag rm199, after further discount i get it for rm180. nasib baik aku tak pandai-pandai beli masa jumpa yang rm400 hari tu. coz i really thot, rm400 is cheap already. tapi over budget. so let just assume i cant afford to have console table for decorating purposes. :p

but then, this one shop is having SALES for their new opening, or was it Y.E.S? entahlah, lantak. asalkan sales, kan? i also book for dressing table sebab jatuh hati sangat2... gile..padahal poket kopak. takpe, aku book the price sahaja. tahun 2011 baru beli, bole?set bilik tidur pun very very reasonable price. dont look for kayu jati lah.. nyatuh ke kan... but u can find solid wood with the reasonable price here. kelentong cakap ko nak kahwin, padahal memang nak kahwin pun! kot dia nak bagi further discount :p

adalah sikit-sikit aku regret sebab dah terbeli terbook katil lama duluuuu. tapi aku diamkan je, kang MF lesing aku... haritu kepochi sangat, nak tak dan2. biasalah kalau tengok harga 100, orang slash jadi 60... mau aku tak terliur...??

selepas tu. ingat saje nak ronda-ronda kedai electric sebelah. nak usha-usha je ok!!

dah sangkut. kitorang booking pulak barang elektrik. nasib booking as low as rm50. bole lah ko nak booking barang 10ribu pon.. tapi idak lah aku naik gila book sampai 10ribu punya barang.. mau MF piat telinga aku tarik keluar kedai...

ok, sila lah aku berhenti singgah-singgah kedai. silap hari bulan, habis simpanan kawen pupus aku dok bayar booking. grgrrggrgr...

itu aje. nak kongsi kegembiraan hari ini. hari yang besh!

Monday, November 8, 2010

current obsesi

sekarang ni dah tak beli majalah pengantin, hehe. macamlah aku dah kahwin kan? hikhik.

entah kenapa, mood selalu beralih kepada rumah. we are preparing for the house as well, actually planning aje. tindakan baru 1%, sebab rumah tak dapat kunci lagi. semalam balik shah alam, ada surat dari developer,

request another 5% from bank, for roads serving. the second last payment before handover kunci. harap handover kunci berlaku nov/dec ni..

kalau jan,feb.. dah tak bole fikir dengan jelas kot masa tu. banyak sangat benda nk fikir. huhu.

ok...sebenarnya aku nak bgtau...aku dah tak sabarrrr nak ada dapur sendiri..

sebab aku memang suka memasak, opsssss! mampus kena kutuk kalau adik-beradik baca ni. soalan pertama, ape pasal tak nampak pun ko kat dapur??? haha.

ngehngeh. actually i really love cooking, sangat-sangat suka. especially pastry. siap dulu pernah berangan nak ada kedai sendiri, tetapi belum ada rezeki.

tak sama kot, dapur sendiri. maksudnya you own the kitchen, suami nak masuk masak air pun kena mintak izin. wahaha. overrr!

hari tu balik shah alam pun, dah pandai cari-cari buku-buku masakan milik Mak. siap cakap nak pinjammmm....!!!

mesti Mak sujud syukur dengar, hakhak!

oke. tu je.. Mak, i love u!

Friday, August 20, 2010

rumah chomelku.

ahha....semalam, tak kerja, managed to settle few things,

first, meet up dengan akak tailor, and finalize everything. story pasal ni, nanti aku cerita in detail ;). so as of now, ill stick to her first, kalau horrible jugak..tumpang lalu, ya ampun...aku pergi cari designer terus... hoho. marah tak usah nak kira, untuk insan-insan yang sudi menemani aku menghadapi kesusahan pasal baju nikah ni, thank u so much!! u know who u are...

then terus shoot nilai, nak berbuka di sana, di mana? nanti sekejap lagi...

since dah sampai sana, tengok rumah kami alang-alang.jarak nilai to bangi dalam 15-20 minutes, oklah. taklah jauh sangat pun kan nanti nak pergi kerja. ;) jalan semua dah buka, we passed thru our house yang chomel itu, tapi tak singgah. sebab malas. hihihi....tunggu dah dapat kunci nanti siaplah!!!. :p

there are few reason why we bought this house, first near to his kampung halaman, iaitu seremban, so easy for us to go back selalu tengok ayah mertua. altho its a bit far from my family shah alam, tapi takpelah...sekarang hgway skve dah bukak... rase macam hari-hari nak balik shah alam...hehe. nak-nak bulan puasa ni kan, rindu masakan mak and wan...ohh sedapppp!

and of course price wise, when we bought the house harga rumah still affordable, mane mampu weyh aku nak beli rumah dekat puchong masing-masing dah cecah 400K - 500K, rumah teres ok! so being relevant, we bought rumah dekat nilai, with the price masih lagi mampu lah, 290K with the size of 24x75, big and spacious for us to build our family, insyaAllah. ini pun aku dah rasa mahal sangat dah..yelah, beli rumah come with commitment berpuluh-puluh tahun kan...

hari tu aku pergi tanya, rumah contoh sudah cecah 500-600k... erk, normal teres sahaja kawan-kawan. but biasala, properties memang grow fast. masa under construction harga lain, siap aje terus melambung naik...siapa kata rumah dekat nilai murah sangat-sangat? hurmm..aku tak setuju. murah pun, buat calculation jugak lah nak membayarnya. untuk aku lah, orang lain aku tak peduli. ever since sime darby took over nilai impian, i can see nilai sekarang dah bertambah maju. dah nak buat tesco ko! hakhak. walaupun masih ada banyak bangunan-bangunan torn kaler pink tu...hisshhhhh. tak suka..

and ada special rebate masa tu for early purchaser..takdelah sampai ratus ribu discountnye.. up to 10K. tapi tak dapat pun banyak tu, sebab beli tak cukup awal. hehehe....but alhamdulillah, kami betul-betul bersyukur, after jerih perih, bergaduh nak settlekan pembelian rumah ni, and now, when i see it, sudah tegak berdiri, i feel so relief. only people who close to me, tahu macam mana aku berusaha mendapatkan rumah ni. hohoho.

so kawan-kawan, take the opportunity kalau developer offer itu ini, you wont be getting it kalau beli rumah atas tangan orang lain, hanya developer sahaja yang tawarkan macam2, so nak jimat, cari developer. ;)

entrance, baru lagi rasanya naik.

and after that, we sempat singgah nilai, hikss sampai pukul 7.00pm masih lagi dekat nilai, beli a few more things for wedding. and did some survey for doorgift, ahaks, doorgift paling terabai setakat ni, sebab aku belum pernah kisah. haha. tak senonoh.

so, after that we headed to Thai Steamboat, dekat Giant nilai. kalau anda masih ingat entry ni, aku makan dekat That Steamboat Ampang, sekarang sudah dekatt... cawangan dorang yang ke-9 ;).
so b2b yang dah penat shopping dekat nilai, boleh singgah berbuka di That Steamboat, anda pasti takkan menyesal. hakhak.

mane nak cari kitchen cabinet murah ye kawan2?

Tuesday, June 8, 2010

my little office

we managed to menyelinap masuk to our house. the workers are busy doing their things.. and we slowly walked and passed thru.

makin dekat dengan rumah, semakin kencang langkah kami. since, everybody was just busy with their works, and hanya pandang2 sekilas pandang sahaja.ingatkan there are people to syuhh us away. haha... tapi takde pun, since our house in the middle of the construction area, agak ke dalam jugaklah menapak and sambil sengih-sengih kitorang berdua kira mana satu rumah kami. tapi actually takdela susah mana pun. it is next to the corner lot.. :P

makin melebarlah sengih, and i sapa one of the female worker there.. "nak tengok rumahhhh"

she managed to get our house key from one of her friend and open the door for us.sangat2 gembira that time, sebab dapat masuk rumah sendiri. selama ni kalau rindu pun *ecececeh* hanya dapat pergi rumah contoh, sampai MF dah super duper muak, and tanya nak singgah show house lagi keee???but like i care... rumah contoh sumber inspirasi okay. macik tak kisah kalau nak ukur size katil, size almari ..segala size yang ada....lalalalala~

everything look similiar to us according to the plan. tapi famili area at 1st floor was damnnn big... macam, ni ruang tamu ke apa??? not as big as bunglo lah kan, but atleast bigger than what i imagined, and bigger than what we can remember from the show house unit...and the room next to it was slightly smaller. erkk... apekah?? and to some extend, we dont bother at all, because, kitorang memang igt it was us who yang tersilap...takkanlah developer nak ubah plan asalkan...

but we were wrong. until one day, i received a letter from lawyer. Amendment to our house. bila aku tengok plan yg mmg dalam s&p dengan amendment tu, i can see the difference... yap..memang die pegi kembangkan famili area, and kecikkan the room next to it!!!..

what is my next action on this?? nantilah, will cont in the next post.

so back to the exciting part, my little office...

we really need to do some changes on this..

my future little office. =)

sebenarnya aku tak pernah perasan pun yang dapur kitorang nanti takde tingkap. hahaha..it was him who brought up the issue.. so if we got some extra money, memang nak lubangkan dinding tu and buat tingkap daun next to the door..red box tu...so boleh lah aku jadikan alasan tamo beropis kan dapur, sebab takde tingkap...panas2.... :P

ok, sekarang kenduri kahwin pun tak settle lagi... tapi this is farrrr more exciting!!!!

TRANSFORMATION

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

no. no. no...its show house unit...

yes..iam show house unit freak!. damnnn!

okokok.cool down. mane tabung tembikai aku masa kecik-kecik dulu?? grgrgrggrg


Friday, April 16, 2010

Karpet bulu kucing

if you are looking for one, maybe u can try this carpet.

double colors shaggy carpet

aku bagi nama dia karpet bulu kucing, because it seriously look like one.. macam sekor kucing tengah terdampar...sangat gebu and comfy, best baring-baring atas ni. hoho..

ok, it supposed to be in store or somewhere, not atas lantai dalam bilik. haha...beli benda ni kononnya for our new home nanti (awalkan aku beli?whatever..) .. at the same time bole pakai hias bilik pengantin..but i just couldnt ignore it, and biarkan die tergulung macam tu, macam tak berharga..no.no.no..

so aku bentang..tadaaaa~ dah seminggu! and right after bentang, i texted MF, sy dah pakai tau karpet kite! miahahahah... but promise him to send for cleaning before kahwin nnt.takde la kejam sangat kan nampak..he even pesan, jangan makan tau atas karpet tu..cettt! apa kamu ingin beta makan di dalam bilik??

zoom dekat sikit. i was told that this carpet is handmade, thats y ada 2 color- cream and light choc. kadang-kadang nampak mcm kream, kadang-kadang nampak choc..that is the beauty of handmade item.

size: 80x150cm

talking about house, i received payment letter made by bank to house developer. they CC the letter to me, u shall keep it all the letter CC to you, in the end, its not only a letter, it might be the savior of ur money. =). will blog about this later, in buying a house tips!

lets just jump into the content of the letter, bank made payment for Stage 2(g) , which is refering to drain.. next after drain stage...is the road!!!! ;)

its almost done bebeh.. after this we can pass thru our house, or perhaps standing in front the gate...kan MF cayang...

heard that, handover will be done next year febuary or march. please dontt... we need a house to stayyyyy....

mish our house. ececeh...~

Wednesday, November 18, 2009

hepi-hepi

hari tu pergi recee alternative way to our future house. since highway will cost us rm3.00 for one way.so we decided to recee alternative way with guide by one of my officemate.

good point, we managed find a way to reduce some cost for toll, and it is not that far from kalau ikut jalan dalam. but, jalan dalam ni kurang maintenance, there were some parts lampu takde lagi. which a bit gelap and sunyi lah kalau lalu malam-malam.and lubang sikit-sikit. so for case like this, driving malam-malam, mayb it shouldnt be tolerate with my safety. but deep inside, i prayed jalan tu akan bertambah baik when we move-in in future.

i was totally suprised to see my own house dah naik. seriously tak percaya. last visit September macam tu, hanya phase 1 yang diorang tengah pasang bumbung...mine, phase 2, at the back takde apa-apa lagi.hehe..


walaupun sakit hati dengan perjalanan beli rumah ni, tapi sedikit lega bila tengok rumah dah naik. harap semuanya berjalan lancar.amin. the one in green adalah phase 1. ;)


alang-alang dah sampai sana, we pay some visit to the show house. tengok 1000x pun tak puas lagi..

our biggest problem in future,and have yet to find the solution..


nampak tak betapa tingginya syiling dia. huuuu~
ayu & mai suggested to build some kind of loteng dekat situ. BUT, roughly the cost is around 50K..
tak koser okay! hahaha....memang cantik, but dont have enough fund for that yet.

Friday, October 30, 2009

alkisah

punca asal kemarahan aku aku hari tu.

sehingga tersasul sampai terkeluar f word.mujur tak tercarut-carut aje depan lawyer tu. walaupun hati rasa sebal and kesal, layan jelah lawyer tu membebel cerita masalah dia pulak, masalah kite ni???

jumaat lepas (23/10), lawyer aku call. tanya sapa nak bayar dia untuk loan agreement.i felt so irritated actually that time.we bought the house around May, and as far as i remember S&P and Loan agreement will be paid by developer. because, masa aku beli rumah tu it was under promotion period. developer janji akan bayar for these. but then, die call lagi tanya sape yang akan bayar. I said clearly again, ni developer yang akan bayar. and dengan cara mendesak tanya aku, kalau developer tak mau bayar macam mana, you sanggup bayar tak.i felt so uneasy this time. sebab ini pun aku dah mention die, kalau developer tanak bayar, i'll pay you. takkan lah aku nak biar rumah aku stuck in the middle macam tu kan.sebab tak nak bayar, apa-apa pun tak dapat. and then die bgtau, u punya MOT(memorandum of transfer) and Title tak dapat lagi tau..

ok.ok.aku cube bertenang, sebab aku tak tau ape kejadahnya bende tu. so die explain, kiranya proses tukar nama tak settle lagi.reason dia, lawyer developer tak bagi lagi part diorang and dia tak boleh proses..

she even mentioned, aku nanti kena penalty tau sebab hal ni. penalti ape jadah pulak ni, orang lain yang tak siapkan, aku pulak ke kena penalty. panas aje hati. worst part is, dia cakap..next week due tau dik..ni buat aku betul-betul hangin. dah nak due baru nak bgtau aku ke. nak push pun tak dapat dah.

so i called developer's lawyer. asking. dia cakap die tak dapat proses, sebab developer tak bagi info lengkap. and info nya adalah geran tanah... dia cakap developer tu hilangkan geran tanah original aku. gile!! ni memang aku hangin satu badan lah kan.macam mana geran original boleh hilang pulak.mmg funny okay!~ dont u have any better joke than this.huhh..aku terus call person in charge, aku tanya, betul ke dia hilangkan geran aku. selamba je dia jawab, tak..tak..sekarang company ada masalah dalaman.dia janji akan settlekan hari isnin berikutnya (26/10). ok fine.

hari isnin, aku call lawyer developer.amacam,dah dapat ke geran tanah tu. memang kelakar, dia cakap developer tak jumpa lagi geran aku. that's it.aku memang geram. sebab lawyer ni dah mintak geran tanah aku dari sebelum puasa lagi,just imagine.apa yang person in charge tu buat aku tak tau lah.dah berbulan-bulan, tak jumpa takkan nak tunggu due date ni baru nak sibuk. aku dengan lawyer tu tensen aje. lawyer tu lagi tensen kot, sebab die dok follow up berbulan-bulan akak tu boleh asek bagi alasan itu ini aje.

then aku terus akak tu, pandai dia pusing-pusing. tengah borak-borak dengan aku, boleh pulak panggil " khalid mana, khalid mana khalid." masa tu aku tak sedar lagi apa dia cuba buat. "akak dah bagi details kat khalid,khalid tengah uruskan" katanya.lega sikit hati aku.

then terus call lawyer inform."khalid tengah uruskan dia cakap",kata aku.

selumber aja lawyer tu jawab,"aik,khalid pulak.hari tu azhar.."

i smell something fishy here. and sudah rasa pelik and tak sedap hati.after that, lawyer tu follow up semula. and call me back cakap geran tu memang takda. understood. budak macam aku ni senang-senang aja orang pusing-pusing cakap. then aku i called her back...

laju je tau die jawab, "akak dah pass pada en nazri. die on the wayke pejabat tanah uruskan.ni no phone die.."laju okay die cakap.aku aku tak sempat tanya pepe

terus aku call si nazri ni,bantai teruk-teruk.panas hati lah kan.siap komplen kenapa tak buat awal-awal.hari ni dah last day baru nak buat. nazri yang tak tau menahu ni jawab, "sy pun tak taulah.baru hari ni dia pass kat saya"

"tapi lawyer kan dah mintak dari sebelum puasa."aku dah penuh emosi masa tu.

enuff said.orang tu yang tak buat apa-apa. dah due baru nak hantar staff pegi check dekat pejabat tanah....speechless ok. tak terkata apa-apa.unacceptable!!

terus texted my agent.beritau masalah ni.die jawab, "sy pun baru dapat tau hal ni. esok i follow up, sebab hari ni N9 cuti"

heck.i'm clueless.pejabat tanah mane yang dorg pegi tu kalau N9 cuti?????!

aku tak tau apa status rumah tu sekarang.malas nak pergi tanya. denda ke apa ke.malas nak pikir.wat panas hati aja...


be careful evryone~ *jangan terkena macam kami*

=(

Sunday, October 25, 2009

bad temper

Yes, I am.

Kalau ikutkan hati, memang dah kensel dah.

Huh.memang sungguh-sungguh panas baran aku ni.

Sigh.What a bad day....tak boleh diceritakan lagi. Memang sangat-sangat panas hati. Perkataan pertama aku sebut lepas letak phone tadi adalah, f word.

memang marah betul lah ni.

Monday, August 3, 2009

Buying a house

gambar hiasan

again, the topic is about buying a house. i find this as a very important thing to share with everybody. As buying a house is not like we are buying sayur-mayur di pasar ataupun membeli kain baju di supermarket.

it must worth every single penny.

here some date & guidelines that might help you in future. hopefully it will help you to estimate / budget everything.

25 May 2009

Pay booking fee. Biasanya kalau kita tak jadi dorang akan refund balik duit,tapi mayb bukan sepenuhnya lah. Dorang akan ambil RM500 camtu sebagai processing fee.

Selepas dah bayar deposit ni, dah boleh gerak lah cari bank yang sesuai. Biasanya kena tengok pada BLR.lagi rendah, lagi kuranglah bayar nanti. And, developer ni selalunya dah ada panel bank dia. just kena tengok pada brochure.

Sign s&p bila dah dapat offer letter dari bank, macam aku kes lain sikit, aku sign di hari yang sama dengan hari aku pay deposit. so to play safe, pastikan korang tak sign s&p masa bayar deposit kay?

Selain tu tengoklah apa yang developer offer, kadang-kadang dorang buat pakej, free itu ini..s&p free, loan agreement free. salah satu taktik dorang nak lakukan rumah, so kita kena ambil kesempatan jugaklah dengan benda-benda macam ni.

7 July 2009

Hari paling gembira. Sebab finally aku dapat offer letter dari bank. Sungguh berliku and mencabar okay. Sebab aku ambil staff loan, so memang proses dia lagi panjang dan menyeksakan. Dah dapat offer letter, boleh lah bayar another 10% sebab loan biasanya financing up to 90% aja. Masa ni boleh lah sign s&p *sepatutnya camni la* hehe.

8 July 2009

Aku panjat Menara Public Bank depan KLCC, untuk uruskan hal insuran rumah. So bawa sekali lah stamp hasil RM10, offer letter, s&p copy untuk submit pada bahagian SDC. Officer tu cakap processing day adalah 2 hari. dalam hati dah niat, hari Isnin kena call balik ni. Then MF dan aku bergerak ke branch Jln Raja Laut. Submit semua document yang dia nak, for them to open our file. =)

Memang aku sedikit rush di sini, sebab nak kerja due date. Developer bagi 2 bulan dari tarikh s&p, since aku sign s&p on the same date bayar deposit, so memang tinggal lebih kurang 2 minggu aja tolak cuti semua.So memang bahaya kat sini lah kalau sign s&p awal-awal, lebih terdedah pada penalti/interest.

14 July 2009

Aku call officer SDC, tanya macam mana. Dah keluarkan instruction letter pada lawyer ke? Memang panas lah hati aku, rupanya lawyer sorang ni dah expired professional indemnity dengan PBB.hangin lah aku.kenapa lah officer ni tak beritahu awal-awal. which is aku rasa, benda tu 5 minit aje kalau dia nak check. Then, atas bantuan ramai pihak, aku tukar lawyer kepada Nik Saghir.

16 July 2009

Follow up lagi dengan officer tu, good news instruction letter dah keluar pada lawyer. masa ni kitorang dah menghela nafas lega.syukur sesangat.

So tambah tolak, seminggu jugak lah lawyer siapkan loan agreement, selepas aku ni sibuk sana sini call. cuak seyh...sudah hampir due masa tu. Developer bagi masa 2 bulan sahaja dari tarikh sign s&p, kalau tak siaplah penalti.huhu

25 July 2009

Sign loan agreement, surat pajak geran tanah pada bank. Selesai sudah.Memang lega sangat-sangat bila dah sign loan agreement.So sekarang pass semua pada lawyer nak advise bank nak keluar duit macam mana. Aku dah malas nak sibuk-sibuk.

6 January 2010
So many things happened in between the date. Later i'll story okay.
First cheque release by Bank, payment cover up to the latest finance request by developer. Gembire sangattttt....satu pemulaan yang baik untuk tahun baru ini. Walaupun it is the date where my loan due aka expired. tapi tak kisahlah keluar cheque very very the last minute pun, asalkan tak payah buat write up request for extension period... yippieee~

So setakat ni jelah dulu aku share dengan korang, until theres more update to share.~ Kesimpulan yang aku boleh buat, tak boleh nak harap aje dorang ni prepare untuk kita, kena selalu follow up, biar sampai dorang muaks dengan kita.hehe...


papai~

Wednesday, July 29, 2009

syurga kami

Malam Selasa lepas, dah selamat sign loan agreement rumah dengan lawyer. Aku amek firm Nik Saghir as my lawyer, alhamdulillah. so far semuanya nampak elok aja. dari hari dia dapat instruction letter dari bank, lebih kurang seminggu juga dia proses. takla lama sangat, seperti di war-warkan oleh ofismate aku, kononnya berminggu-minggu. memang buat aku frust jugaklah masa tu..sangat berpotensi kena interest dari developer lah gamaknya.mujur dapat sign before end date, syukur.

lama jugak aku melepak dengan lawyer aku. dari pukul 9 mlm, sudahnya pukul 11 lebih baru habis. masa tu mata aku and Mai dah tahan-tahan gak ngantuk. tapi layankan jelah lawyer ni, suka bercerita dan bertanya. Dia pun banyak share info dengan aku, terutama bab-bab investment hartanah. to be true, aku minat jugak dengan investment macam ni, cuma masanya belum tiba lagi. bak kata MF, yang satu ni pun tak settle-settle lagi.berbual dengan dia gain a lot jugak lah.. yang paling penting, kerja makan gaji memang tak boleh bawa kita ke mana, kena ada side investment or bisnes jugak to survive.

Kalau korang masih muda, elok beli cepat-cepat. Sambar awal-awal. hartanah ni makin lama makin naik harga, tak macam kereta, lama-lama jatuh nilai..so beli mahal-mahal pun tak guna. hehe.

Rumah aku insyaAllah siap by early 2011. hari tu pergi pun dorang masih construct phase 1, walhal aku phase 2...Sekarang ni pun dah berangan-angan kitchen cabinet semue, wardrobe , what not..hehe

so ni ada lah sikit-sikit gambar show house yang boleh di share.

betul-betul depan pintu, simple je kan


ruang tamu

dry kitchen, ske sgt meja tepi dinding tu
wet kitchen, kecik je.cukuplah, bukan rajin sangat memasak.hehe


dining, aku berangan nak letak gambar-gambar yang pernah aku tangkap, ala-ala gallery kat ruang yg dinding

ni pulak bilik tidur tetamu

master bedroom.
wardrobe impian.hekhek. kalau semak, memang malu!

famili area, tp kitorang punya syiling tinggi. tak dapat nak bayangkan macam mana nak pasang kipas nanti.

sorilah gambar tak sharp, guna hp saja.hehe

p.s: Member aku pun tak lama lagi akan dapat kunci rumah dia, tu lagi hip hip horrayy..

Wednesday, July 8, 2009

pelamin #2

source
another type of big size chair, hehe. boleh tak aku ni? more focus on the chair itself rather than the deco.

the deco is simple, and yet looks very nice. but dont know whether, i want pink color ada dekat pelamin aku nanti. and pelamin ni macam tak makan space sgt. sebab aku sukakan yang simple 1 backdrobe panel will do for me..and side by side flowers dah cantik sangat dah.


p.s : ohh, semalam sudah settlekan housing loan, only till bank part- insurance and etc. still waiting for bank to instruct my lawyer. hopefully dis lawyer will do full-hearted job.hehe.

yey! im going to Kedah this weekend for friend's wedding.! cant wait...

Monday, July 6, 2009

huuuh!

It's been one month over, nearly two i guess. It is so tiring getting the approval of my housing loan, its too late to give up, i've signed the s&p.

huge sigh. here and there.

i cant think of anything, not even a single piece of decoration, no more google-ing over designs of kitchen cabinet, what i can think of right now, only PENALTY that i might get due to very-very late approval.

sigh again.

she'd told me, the developer is able to tolerate, by giving discount and etc.how far the toleration will be, that is still blur on my site here.where to find $$$$ if the penalty is nearly 10K.

again, sigh.

anyone ever been in same situation like me? did u manage to discount your penalty?and how do u do that??

Monday, June 1, 2009

bulan dan madu

Wahhhhh...awalnye nk cakap pasal ni.haha.tak kira.nak jugak..tetiba ari ni terfikir..later on nk bulan madu kat mana ek? me n him prefer sumthing like pulau-pulau..romantiklah konon.hehe.so kena start survey ni, agensi mana yang provide pakej honeymoon yang best.hehe...

anyway, nak kahwin bukanlah di masa terdekat ni. tapi insyaAllah sudah ada dalam perancangan kami. dan tengah berusaha merealisasikan impian Qaseh. cewah!!

ada sedikit gambar yang hendak di share sama..



gambar di atas ni MF yang tangkap bagi melengkapkan borang permohonan loan rumah.sekarang masih menunggu lagi L.U.L.U.S atau tak. rupanya susah betul ek nak beli rumah. macam-macam prosuder, ada sahaja borang yang tak lengkap and benda tak sempurna..hikss.sampai kadang-kadang rasa nak give-up.

AND sekarang ni, surat yang kami hantar ke Branch Raja Laut last friday at 7.30pm masih tidak sampai ke tangan officer yang sepatut nye..duhh~. mana tah surat tu hilang..harap-harap pencarian officer tu berakhir dengan berita gembira. Masa kitorang sampai, branch dah tutup pun, hanya mintak tolong pak gad letakkan atas meja Manager.TAPI masa tu dia cakap, yang mana satu? ada TIGA kat cni..masa tu apa lagi...ngangala dengan MF..mane tau!!! dia pun tolong letak kat any of meja manager tu..and now..its gone missing!!*tabahkan hati*

kitorang dah seronok sangat dengan rumah ni, hee~ dah 2 kali pergi tengok show unit..hehe.MF pulak dah 4x pergi tengok show unit..so bole nampak la sapa yang tergila bayang sekarang.hehehehe

till the next post~